I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 17, 2010

The Big Secret to Marketing Your Business

...
Every entrepreneur wants a magic marketing potion that will attract all the customers and sales they can handle. Many are searching for that one, big marketing secret that will make their business successful beyond their wildest dreams.
...
These starry eyed people believe there exists one piece of information or tactic that will take them from obscurity to becoming the marketing champion in their industry. Sadly, most will never discover this secret even though it’s hidden in plain sight and instantly available to them at any time.
....
This Big Marketing Secret is your attitude!
...
Yes, successfully marketing your business requires the correct attitude. Just like your relationships with other people, the attitude you take decides on what you will ultimately achieve.
....
Your belief system and your approach play a significant role in your marketing success. It is the starting point what you will accomplish and how much money you earn in your business.
...
Do you believe that your marketing efforts will pay off in increased sales? Or, do you think that marketing is a waste of time and money because you’ve tried once before and failed to attract any response?
...
The fact of the matter is that marketing does work when you understand how. Like catching a ball or riding a bike it is a learned skill that anyone can master. All that stops you from achieving more is your attitude toward marketing.
...
There are millions of people who are now highly successful because they possessed the attitude that marketing is the most important activity in their business. Everything starts and relies on your ability to attract and convert prospects into buyers. It’s the only area of your business that produces the opportunities to make a sale.
...
When you ignore it, cut the budget when times are tough or just don’t market at all your business will suffer. Without marketing it’s tough to make a sale. Without sales, you have no business; only an expensive hobby!
...
Successful marketing requires desire, action and commitment. If you lack in any of these three qualities and have a bad attitude, you might as go work for someone else. It’s no secret that your attitude is critical to what you achieve in life and business. When you have a positive approach to your marketing, what you believe will be the most likely outcome.
...
Like the late Henry Ford said, “If you think you can or you think you cannot, you are always right.”
...
Coach Ron Abbott
...
http://www.td-marketing-system.com/Small-Business-Marketing-Blog.htm
...
Sikap kita terhadap pemasaran memainkan peranan yang paling penting untuk bisnes berjaya dan tidak terkecuali dalam bisnes cendawan. Jika anda tidak boleh menjual, jadilah bisnes anda satu hobi yang mahal.
...
Seperti yang ditekankan oleh Robert Kiyosaki, penulis buku siri Rich Dad, skill menjual adalah syarat yang paling utama untuk menjadi seorang usahawan. jika anda tidak boleh menjual, anda tidak boleh berjaya sebagai usahawan. Saya setuju 100%.

Tip Menarik Pelanggan

Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi.
....

Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti. Contoh yang paling dekat ialah sempena bulan Ramadhan ni, banyak bazar dibuka dan pelbagai produk ditawarkan. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
..
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
....
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
....
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, terutama cendawan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.

Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan

Topik yang serius sikit hari ni iaitu Perkara-Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan.
..Kita semua akan dapat merasakan keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang demi melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan.
..Saya akan berikan nasihat yang berguna melalui senarai perlu dibuat khas untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini.
..1 Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduklah dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki.
..
Adakah semua ini mencukupi untuk bahagian anda bagi menyumbang kepada sebahagian modal permulaan bisnes anda. Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh menambah jumlah modal yang diperlukan.
..
Saya membangkitkan perkara ini kerana bisnes mungkin atau mungkin tidak berkembang maju sebagaimana yang dijangka dalam tempoh yang diharapkan. Adalah lebih baik untuk mempastikan yang anda secara peribadi mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan modal malahaa sebelum anda memulakan operasi perniagaan anda.
..2 Terus kekalkan dengan pekerjaan sekarang-buat masa ini. Jangan harapkan untuk memperolehi gaji daripada bisnes anda pada hari pertama ia dimulakan. Ia mungkin mengambil masa sebelum bisnes berkembang maju dan sehingga saat itu, anda perlu mempastikan bahawa anda masih mempunyai sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
..
Jika tidak, anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada. Memandangkan anda biasanya akan menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi, bincang siapa di antara anda yang akan mengambil tugas dan peranan aktif di dalam operasi harian perniagaan tersebut. Individu tersebut mungkin akan menjalankan perniagaan sepenuh masa sekarang dengan gaji permulaan yang minimum (asalkan beliau mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian beliau).
..
Kemudian apabila perniagaan tersebut maju dan berkembang, anda mungkin melihat kepada keperluan untuk fokus kepada bisnes - itulah masanya untuk melepaskan pekerjaan yang dipegang sekarang.
..3 Mulakan secara kecilan. Semasa perniagaan masih dalam tahap permulaan, pastikan kos yang anda tanggung adalah kecil dan seminimum mungkin. Pertimbangkan untuk mempunyai pejabat di dalam rumah untuk menjimatkan sewa pejabat. Ambil pekerja yang benar-benar diperlukan sahaja.
..
Berbanding membeli van penghantaran dan kederaan pengangkutan yang baru, dapatkan kenderaan secondhand yang baik atau gunakan kenderaan anda sendiri. 'Outsource' sesetengah kerja seperti perakaunan untuk merendahkan kos overhead.
..4 Lakukan segalanya dengan betul dari awal lagi. Pastikan dana peribadi dan bisnes terpisah. Pastikan juga anda mempunyai kesemua permit dan kertas kerja yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda. Bayar lesen perniagaan dan cukai dengan tepat dan pada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan denda. Jika tidak, denda dan penalti akan 'memakan' modal perniagaan anda.
..5 Jangan abaikan sikap menjaga kesihatan kewangan peribadi anda. Teruskan menyimpan sebahagian daripada gaji anda. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar adalah permulaan baik tetapi lagi tinggi lagi bagus. Sasarkan untuk mempunyai dana kecemasan meliputi sekurang-kurangnya enam bulan nilai perbelanjaan peribadi. Jika bisnes anda gagal, anda akan mempunyai dana untuk digunakan sehinggalah anda bersedia untuk langkah seterusnya.
..
6 Kembangkan hanya selepas berfikir sedalamnya. Adalah amat mengujakan untuk membuka cawangan lain secepat mungkin jika yang pertama telah menunjukkan kejayaan. Sesetengah orang juga mula membeli peralatan baru dan aset tetap yang lain semasa tahun pertama walaupun pada masa bisnes tidak dapat menampung pembelian sebegini lagi. Sebelum melaksanakan sebarang langkan pengembangan untuk bisnes, kaji aliran tunai anda dan kos yang terlibat. Buat satu keputusan bijak berasaskan kedudukan kewangan anda.
..7 Dapatkan seorang mentor. Adalah bagus untuk bertanyakan seseorang yang berpengalaman tentang selok-belok perniagaan yang diceburi, tentunya kepada usahawan yang berjaya, agar anda tidak melakukan kesilapan besar. Dapatkan seorang mentor yang anda boleh percayai dan berjumpalah beliau sekerap mungkin. Menyertai persatuan perniagaan juga akan banyak membantu anda dari segi mempelajari sesuatu daripada orang lain dan mengembangkan jaringan anda.
..
Pesanan Cendawanku: Pastikan anda memulakan perniagaan sendiri berdasarkan sesuatu yang anda BENAR-BENAR mahu dan minat, dan bukannya untuk sekadar melarikan diri daripada kebosanan bekerja di pejabat sekarang. Untuk memudahkan anda melaksanakan apa yang dirancang, di sini saya senaraikan kursus tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan-rakan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.
..
Hampir 50% apa yang dinyatakan boleh anda perolehi melalui kursus ini dan selebihnya adalah atas kebijaksanaan dan usaha anda sendiri untuk merelaisasikan kejayaan sebagai usahwan yang berjaya. Selamat maju jaya!

Dua Faktor Utama Kejayaan Bisnes

Ya, sebenarnya dua sahaja perkara yang perlu diberikan perhatian oleh usahawan apabila ingin memulakan satu bisnes baru iaitu pengaruh dan bukti. Tidak kira apa jua jenis bisnes anda sama ada berskala kecil, sederhana atau besar, dua faktor ini memainkan peranan paling penting.
......Pertama, Pengaruh. Anda amat bertuah dan berpotensi untuk berjaya sekiranya anda sendiri merupakan seorang yang berpengaruh. Kata orang, ‘somebody.’ Maksudnya, anda dikenali dan disegani oleh orang ramai dan mempunyai ramai kenalan, rakan-rakan dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat umum.
...
Dengan pengaruh yang ada, anda dengan mudah dapat bercerita dan melakukan promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kerja yang dianggap sukar pada peringkat permulaan bisnes telah anda langkau kerana anda sendiri seorang yang berpengaruh. Setiap patah cakap anda didengari dan ditunggu-tunggu. Contohnya, ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua pertubuhan dan sebagainya.
.....Kedua, Bukti. Bukti di sini ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah boleh diceritakan keberkesanannya kepada bakal pelanggan dari segi kualiti, fungsi, kebaikan serta boleh disyorkan pula oleh pelanggan sedia ada. Biasanya bukti menjadi lebih kukuh apabila ia dicerita berdasarkan pengalaman dan kejayaan yang telah dilalui.
...Sekiranya bisnes itu merupakan satu program networking atau pemasaran berperingkat atau bisnes yang memerlukan pembinaan insan lain untuk berjaya, prospek akan lebih yakin sekiranya mereka sendiri boleh melihat kejayaan anda.
..
Hasil kejayaan yang anda capai melalui bisnes inilah yang akan mendorong mereka menyertainya ataupun berminat membeli produk dan perkhidmatan anda. Jadi, bakal usahawan sekelian, sebelum memulakan satu bisnes yang anda rasakan berpotensi untuk membawa anda mencapai kebebasan kewangan, pastikan terlebih dahulu anda memiliki salah satu faktor ini. Anda lebih bertuah jika memilki kedua-duanya sekali.

Merancang Strategi Pemasaran Berkesan

Saya percaya ramai bakal usahawan cendawan yang masih lagi belum begitu yakin dengan bisnes yang ingin dimulakan kerana memikirkan tentang pemasaran hasil keluaran nanti. Satu perkara yang perlu anda tahu ialah ada perbezaan antara jualan (sales) dengan pemasaran (marketing). Perbezaannya ialah jualan dilakukan secara individu manakala pemasaran dilakukan melalui sistem.
..
Terpulang kepada anda kaedah yang bagaimana untuk diaplikasikan bagi mempastikan bisnes cendawan anda sukses dan yang paling penting ia merupakan elemen wajib yang perlu dimasukkan di dalam rancangan perniagaan anda. Pada saya sendiri yang lebih berminat dengan pemasaran, akan lebih menumpukan kepada segala kaedah terbaik untuk mengembangkan jenama Cendawan Global dan bisnes cendawan itu sendiri. Sebagai panduan, saya sertakan di sini penerangan ringkas tentang pemasaran.
..
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
..
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
..
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
..
Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

Maklumat Rumah Cendawan

..
Rumah cendawan merupakan sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih. Antara ciri-ciri yang diperlukan:
..

..
  • Mempunyai pengudaraan yang baik
  • Menggunakan dinding netting
  • Suhu sesuai : 28 - 30 C
Rumah cendawan beratap dan perlu disiram dua kali sehari untuk mengekalkan kelembapan.
..Kelembapan yang tinggi antara 80-90%.

Kalis serangga dan penyakit iaitu dinding berjaring dan lantai perlu bersimen.

..
Ukuran standard adalah 20' x 50'
Ia dibahagikan kepada beberapa ruang:
..
  • Ruang Penyediaan - ruang menggaul media
  • Ruang Pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
  • Bilik Suntik - ruang menyuntik benih
  • Bilik Pemeraman - ruang untuk meletakkan beg semasa pemeraman
  • Ruang Pengeluaran Hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil.

Penyakit & Masalah Cendawan

Persoalan ini adalah antara yang bermain di fikiran bakal pengusaha cendawan sebelum terjun ke bidang yang menarik tetapi mencabar iaitu bisnes cendawan. Namun, sebagai usahawan yang ingin maju dan berjaya, kita perlu mengetahui serta menjangkan sesuatu masalah yang bakal muncul agar senang membuat persediaan kelak.

.. ..Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.


Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :

Serangan Kulat Jingga / Oren
Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.


Serangan Kulat Hijau
Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.

  • Serangan kulat hitam
  • Serangan hama ke atas beg cendawan
  • Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
  • Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
  • Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll.
Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran. Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik. Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi mempastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang telah dikeluarkan.

Berikut adalah contoh pelan susun atur rumah cendawan dan aturan kerja yang ideal

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan

Bagaimana Menangani Kulat Hijau

...
Masalah penyakit tidak dapat lari daripada projek tanaman cendawan dan seperti yang dikatakan oleh rakan saya, En. Zul daripada CendawanPuchong, setiap benda hidup akan mendapat penyakit. Dengan itu, kami di Cendawan Global cuba mengkaji dan membuat analisa apakah puncanya dan ini merupakan hasil pemerhatian:-
...
Pertama Beg media terlalu basah. Kandungan air semasa membancuh terlebih. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang.
...Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah terlebih.
..Kedua Benih yang digunakan. Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi).
Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.
...
Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.
...
Ketiga Beg media belum cukup matang. Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup matang.
...
Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.
... ...
Keempat Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.
......
Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg media dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah cendawan dan semburkan air ke beg media agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang. Kalau tak takut cendawan yang keluar ada bau racun serangga.
...Kelima Bahan dedak yang digunakan. Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.
...
Keenam Penjagaan kebersihan. Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan.
...
Kesimpulannya, banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.
...
Sumber di petik daripada www.e-cendawan.blogspot.com, www.cendawanpuchong.blogspot.com, dan PPJBS.

Pembekal Bahan Mentah Cendawan

  • Sukar mendapatkan bahan mentah untuk penyediaan media cendawan?
  • Memerlukan bekalan dalam kuantiti besar dan konsisten pada kadar segera?..

Masalah tersebut boleh diselesaikan kerana kini Cendawan Global mengorak langkah setapak lagi dengan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan pembekal bahan mentah antara yang terbesar di Negeri Sembilan iaitu Mentah Resources. (http://www.mentahresources.blogspot.com/)
..
Syarikat ini merupakan satu kumpulan dengan pemilik perusahaan cendawan di Kundur, Rembau. Saya di pihak Cendawan Global amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk memasarkan bahan mentah tersebut yang terdiri daripada dedak padi, kapur pertanian, beg cendawan berbenih dan lain-lain lagi.
..

Stok Kapur Pertanian

Pendek kata, cuma sebut sahaja apakah keperluan anda berkaitan penanaman cendawan, kami akan uruskan segalanya dan yang paling penting ia ditawarkan kepada anda pada harga promosi bagi bulan ini sebelum harganya dinilai semula pada bulan Januari 2008 nanti.
..
..
Stok Dedak Padi
Berdasarkan pengalaman sebagai pengusaha cendawan sendiri, syarikat yang dijalankan oleh En. Rasul dan dua orang lagi rakan kongsinya ini telah sedia maklum dan tahu selok-belok keperluan bagi penanaman cendawan. Oleh sebab itu, inisiatif membekalkan bahan mentah ini diambil kerana pengusaha cendawan komersil memerlukan bahan mentah ini dalam kuantiti yang besar, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Pada masa ini kesemua stok disimpan di Senawang, Negeri Sembilan.
..
Beg Cendawan Berbenih
Segala urusan pesanan boleh dibuat melalui saya samada secara online ataupun offline dan cara bayaran ialah cash-on-delivery (COD). Anda juga boleh hubungi En. Rasul untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Nizam - Cendawan Global (019 7589774)
Rasul - Mentah Resources (019 6693718)

Mentah Resources
No 30, Jalan PS 1/5, Taman Pinggiran Senawang,
71450 Sg Gadut,
Negeri Sembilan.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan bekalan sementara harga masih dalam tempoh promosi!

Ebook Rahsia Pelan Bisnes Cendawan




Asslamualaikum dan salam sejahtera.
.Sebagai menghargai sokongan anda terhadap bisnes cendawan, saya berikan kepada anda satu ebook percuma yang diperolehi daripada rakan siber. Anda boleh download ia di sini.
.
Diharapkan ebook ini menjadi rujukan penting buat anda yang bercadang menjadikan cendawan satu bisnes di masa hadapan. Terima kasih

Cara Menjaga Persekitaran Rumah Cendawan


Persekitaran rumah cendawan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan adalah sangat penting. Penjagaan rumah cendawan yang sempurna dan penyediaan ruang yang bersesuaian sangat diperlukan. Selain itu, suhu dan kelembapan juga adalah faktor kritikal yang perlu dijaga untuk memastikan cendawan dapat menghasilkan pengeluaran yang baik.
.
a) Persekitaran
.
Bilik cendawan perlukan persekitaran yang bersih, tersusun dan bebas daripada bakteria, haiwan dan serangga perosak. Oleh itu, rumah cendawan perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
.
Antara kawalan yang dilakukan untuk menjaga kebersihan di dalam rumah cendawan adalah seperti:
.
Meletakkan kapur di atas rak
.
Kapur perlu ditabur di atas rak yang kosong sebelum meletakkan beg cendawan baru. Tindakan ini bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat di sekitar rak dan rumah cendawan. Selain itu, kawasan di sekitar rak beg cendawan yang dijangkiti penyakit juga akan diletakkan kapur untuk mengelakkan jangkitan kepada beg cendawan yang lain.
.
Meletakkan serai wangi di dalam rumah cendawan
.
Serai wangi perlu diletakkan di dalam rumah cendawan berfungsi untuk menghalau dan membunuh serangga kecil dan lain-lain haiwan perosak yang terdapat di sekitar rumah cendawan.
.
Serai wangi tersebut akan dicampurkan dengan sedikit air dan diletakkan di dalam botol yang telah ditebuk sedikit lubang. Melalui lubang tersebut, bau serai wangi akan dapat disebarkan di sekitar rumah cendawan secara menyeluruh. Botol tersebut akan digantung di sudut depan setiap tiang rak beg cendawan.
.
Beg cendawan rosak dan tamat jangka hayat
.
Beg cendawan yang tamat jangkahayat, rosak, dijangkiti dan bermasalah haruslah diasingkan dan dibawa keluar agar beg media baru dapat dibawa masuk dalam rumah cendawan untuk menggantikan beg media yang lama. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan bakteria daripada beg yang telah dijangkiti.
.
Penyediaan ruang yang sesuai
.
Ruang di dalam rumah cendawan perlu mencukupi untuk aktiviti pengurusan dan pengendalian setiap aktiviti yang berlaku di dalam rumah cendawan seperti penyimpanan beg media baru, penuaian hasil cendawan, penjagaan air dan pengurusan beg media yang telah tamat jangkahayat.
.
Rak Cendawan
.
Rak cendawan yang dibina haruslah mempunyai luas dan ketinggian yang sesuai untuk menyimpan beg cendawan. Di samping itu, rak juga perlu diletakkan pada jarak yang sesuai dan selesa untuk pengendalian bagi aktiviti penyimpanan beg media yang baru, menuai cendawan matang dan menyembur air.
.
Untuk penanaman berskala kecil, jarak diantara rak yang dibina sekurang-kurangnya boleh memuatkan seorang pekerja dengan membawa sebiji bakul dan membolehkan akiviti penjagaan tanaman dapat dilakukan dalam rumah cendawan dengan mudah.
.
Bagi penanaman berskala besar pula, jarak diantara rak haruslah membolehkan kerja-kerja penuaian dibuat dengan menggunakan kereta sorong oleh pekerja yang mengendalikan kerja-kerja tersebut.
.
b) Suhu dan Kelembapan dalam Rumah Cendawan
.
Suhu dan kelembapan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam mengendalikan rumah cendawan kerana ia sangat mempengaruhi pertumbuhan cendawan dan hasil cendawan yang bakal diperolehi.
.
Persekitaran semulajadi iaitu suhu pada siang hari samaada pada hari panas dan hujan adalah mempengaruhi suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan secara langsung.
.
Selain itu, pemilihan reka bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat bangunan rumah cendawan juga menjadi faktor yang mempengaruhi suhu dan kelembapan dalam rumah cendawan. penting kerana ia akan mempengaruhi tumbesaran cendawan dan juga ketahanan beg media itu sendiri.
.
Bangunan yang dibina menggunakan konkrit
.
Faktor kelembapan akan dipengaruhi oleh suhu dan haba yang terperangkap di dalam rumah cendawan tersebut.
.
Secara teori, udara panas yang mempunyai ketumpatan yang rendah akan naik ke atas dan apabila udara tersebut menjadi sejuk iaitu dalam ketumpatan yang tinggi udara tersebut akan turun. Proses ini dipanggil proses perolakan. Selain itu, beg media tersebut akan mengeluarkan haba melalui pemecahan spora dan mengurangkan kelembapan dalam rumah cendawan.
.
Suhu dan kelembapan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan
.
Suhu yang sesuai untuk rumah cendawan adalah pada suhu bilik iaitu antara 25-27'c.
.
Manakala, kelembapan yang bersesuaian adalah antara 80-83 peratus kelembapan.
.
Perlu diletakkan alat penyukat suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan untuk mengetahui suhu dan kelembapan sebenar. Ia hendaklah diletakkan pada sudut bahagian tengah rumah cendawan.
.
Kaedah kawalan suhu dan kelembapan
.
Kaedah kawalan suhu dilakukan dengan beberapa cara seperti :
.
1) Air Paip Semburan
2) Air Hujan Tiruan
3) Kipas Udara
.
Air Paip Semburan
.
Oleh itu, kaedah pertama iaitu air paip semburan digunakan untuk mengatasi masalah ini. Semburan akan dilakukan dengan menyiram di hujung beg media dan juga lantai rumah cendawan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah udara yang panas naik ke atas.
.
Siraman air menggunakan paip semburan akan dilakukan sebanyak 5 kali dalam sehari iaitu pada jam 11.00am, 3.00 pm, 5.30pm dan 12.00pm dan 7.00am pada hari panas dengan suhu biasa 28º-32º untuk mengekalkan suhu pada 25º-30º.
Pada hari hujan sepanjang hari, siraman pada beg dan bunga cendawan akan dikurangkan, hanya lantai akan diberi air yang lebih.
.
Teknik menyembur air yang betul:
.
  • Berdiri di tengah laluan antara rak cendawan sambil memegang paip semburan.
  • Menyembur bahagian lantai sehingga betul-betul basah dan lembap.
  • Selang-selikan semburan dengan menyembur ke arah beg cendawan untuk melembapkan sedikit beg cendawan.
  • Elakkan menyembur air terlalu banyak pada bunga cendawan untuk mengelakkan bunga cendawan daripada basah, membesar dengan lebih cepat dan merekah.
  • Pada hari panas, rumah cendawan perlu disiram air yang lebih dan pada hari hujan pula, air yang disembur ke atas beg cendawan mestilah dikurangkan.
.
Kipas
.
Kipas digunakan untuk membawa masuk udara yang sejuk daripada luar dan menyejukkan udara panas di dalam rumah cendawan. Proses perolakan berlaku secara gelora disebabkan udara daripada kipas tersebut. Sebahagian udara yang sejuk akan turun, manakala udara yang panas akan keluar melalui lubang di atas bumbung tersebut.
.
Air Hujan Tiruan
.
Hujan tiruan akan dipasang sewaktu cuaca panas kerana proses sinaran yang dipancarkan melalui matahari akan memanaskan lagi udara di dalam rumah cendawan. Air tersebut akan mengurangkan proses sinaran untuk menembusi bumbung. Udara panas yang masuk akan dikeluarkan oleh kipas.
.
Air tersebut akan mengurangkan proses sinaran untuk menembusi bumbung. Ia akan menyejukkan bumbung dan mengurangkan kepanasan dalam rumah cendawan.
.
Kesimpulannya, kaedah pertama iaitu paip semburan adalah kaedah utama digunakan dalam mengawal suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan. Air yang disembur akan diberikan mengikut suhu dan kelembapan dalam rumah cendawan yang sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan persekitarannya.
.
Kaedah kedua dan ketiga digunakan sekiranya dinding rumah cendawan dibuat dengan menggunakan batu-bata dan bumbung adalah zink. Ia sentiasa dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun mengikut keperluan walaupun suhu kurang dari 27oC.
.
Apabila suhu luar melebihi 29oC ke atas, kaedah kedua dan ketiga akan digunakan untuk mengekalkan kelembapan rumah cendawan.

Kit Asas Cendawan

Global Kit
,, .. ..
Pakej ini ditawarkan pada harga RM70 termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia. (Sabah dan Sarawak RM90) mengandungi:
  • 1 Beg cendawan matang
  • 4 beg cendawan separa matang
  • 5 Stopper
  • 1 Botol EM 500ml
  • Manual sheet
  • Ebook - Rahsia Kejayaan Bisnes Cendawan Terbongkar bernilai RM15..


..

Faedah Kesihatan Lingzhi

Lingzhi telah lama di kenali secara turun temurun oleh orang Cina dan menganggap ia sejenis herba yang istimewa sebagai ubat ajaib dan sangat berharga.
..
Di antara keajaiban ubat ini adalah ianya boleh memanjangkan usia seseorang. Keterangan ini ditulis di dalam Ensaiklopedia perubatan klasik Cina seperti ‘Shen-Nung Herbal Medicine Book’:

..
Lingzhi sebagai ubat bermutu tinggi. Tiada kesan sampingan buruk. Seluruh badan bertambah baik dan sihat. Pelaburan baik yang menjamin kesihatan sepanjang hayat.
..
Cendawan secara semulajadi tumbuh liar di dalam hutan dan ini termasuklah Lingzhi di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar di dapati. Tambahan pula dengan kurang perhatian di peringkat awal serta kesukaran untuk mengawal dan menentukan mutu cendawan Lingzhi.
..
Teknik penanaman Lingzhi bermula pada tahun 1970, di mana pegawai kajian sains makanan dari Universiti Kyoto, Jepun telah berjaya menggunakan “Kaedah Isolasi Dan Pemeliharaan Spora”. Kaedah ini telah berjaya menanam dan memelihara Lingzhi secara komersial di Jepun. Pada 1975 pula kaedah ini berkembang ke China dan seterusnya ke Taiwan dengan jayanya.
....
....
Keberkesanan Lingzhi
Lingzhi adalah mikroorganisma berkhasiat semulajadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya pada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara kebaikan yang dirasai adalah:
  • Aktif dan bertenaga.
  • Tempoh masa tidur dipendekkan tetapi badan tetap lebih bertenaga.
  • Mengekalkan berat badan.
  • Penghadaman yang lancar.
    ....
Pada mereka yang bermasalah, pengambilan Lingzhi mungkin akan memberikan sedikit kesan seperti berikut:
  • Pening.
  • Darah banyak berkumpul pada bahagian muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat). Kesemua kesan ini akan hilang dalam tempoh 30 minit. Pada pesakit kencing manis pula akan terjadi peningkatan gula dalam darah atau penyakit kulit.
  • Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana ia adalah fenomena biasa dalam proses perubatan Lingzhi yang berlaku hanya di peringkat awal pengambilannya dan akhirnya kesan ini akan hilang segera.
    ......
Kebelakangan ini lebih banyak penyelidikan telah dilakukan di negara China, Jepun dan Malaysia dengan kerjasama dari hospital, kolej dan farmasi, di mana hasil keputusan lebih banyak diperolehi dalam membuktikan keajaiban Lingzhi seperti berikut:
  1. Membersihkan darah
  2. Meneutralkan bisa
  3. Melindungi hati
  4. Mengawal atau melawan usus
  5. Tonik untuk selsema
  6. Mengawal tekanan jantung
  7. Menghilangkan batuk
  8. Mengeluarkan kahak
  9. Mententeramkan fikiran
  10. Mencegah kanser
  11. Mengubati resdung
..
Dipetik dari http://malimas.com/

About Mushroom



Mushroom: plant without flowers or chlorophyll, fast-growing, especially in dark, damp locations.
Scale: small, hard plate that covers and protects the mushroom.
Tubes: duct.
Pores: small holes.
Stipe, stalk: part of the mushroom between the cap and the soil.
Scales: small, hard plates that cover and protect the mushroom.
Volva: thick membrane covering the foot of the mushroom.
Ring: membrane that envelops part of the stem.
Gills: each of the gills forming the head of the mushroom.
Cap: top of the mushroom.
..

Enoki Mushroom

Golden-needle-mushroom (Jin-Gen-Goo) sucessfully kills 95% of cancer cells (Taiwan Report) Research done by Singapore U shows that eating this mushroom can destroy 95% of cancer cells in our body by boosting our immune system.
..
Professor Phan Hwai Chong of Yang Ming Research Centre in Taiwan told Reporter that consuming this kind of mushroom, one of the ingredients in the mushroom can trigger the multiplication of our healthy "defensive" cells. By out-numbering the cancer cells, healthy cells help eradicatecancer cells.
..
American scientists have since run tests on this particular type of mushroom extract with blood, done outside human body . Results show that mushroom extract is able to destroy cancer cells. According to Taiwan professor, since healthy "fighting" cells can be multiplied to tens & thousands of times, it can either be used as drip or just by eating mushroom. The mushroom is most frequently taken with steam boat. Cooking time should be less than 3 minutes, or the healing property would greatly diminish.

Nutritional Value of Mushroom

The nutritional value of edible mushrooms compares favorably to that of most vegetables. Generally, they are rich in the B vitamins, including choline, which acts as a protective agent for the liver in case of mushroom poisoning. Some are also high in vitamins A, D, and K; but only a few contain any vitamin C. Other nutrients include potasium, linoleic acid, folate, copper, and iron, as well as other trace elements. Cultivated mushrooms, especially the grocery store “white buttons”, contain very few nutrients.
..
Depending on the species, mushrooms can contain up to 3% useful proteins. Some types are actually quite high in protein, especially Agaricus, Lepiota, and Calvatia species. On a dried weight basis, the King Bolete (Boletus edulis), contains more protein than any common vegetable, except soybeans. However, much of it is indigestible so should not be used in place of other proteins.
....
Mushrooms are low in calories, until they are fried in butter. They are about 90% water, low in fat, and have most of their carbohydrates in the form of indigestible chitin. Chitin is a polysaccharide composed of the essential sugar, Glucosamine. Supplements are often derived from shells of crustaceans (shrimps, crabs, krill).
..Mushrooms should always be cooked, but never overcooked. Cooking does increase their nutritive value by increasing their digestibility, but overcooking decreases this value. Mushrooms should not be washed, but rather wiped free of dirt and debris. However, certain ones do require soaking to remove the dirt and insects imbedded in their deep crevices. Few rarely need peeling, and some have stems that should not be eaten. Again, ALWAYS have a knowledgeable person confirm the species before any mushrooms are eaten as there are look-alike species which can be lethal.

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu

Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:

..
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik
  • Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak
Biasanya cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 100g. Anda boleh gunakan ciri-ciri ini apabila memasarkan hasil keluaran cendawan anda kepada bakal pembeli atau prospek dan tekankan kelebihan dan faedahnya, dengan teknik yang betul, pasti boleh close jualan.

Cendawan Butang

..
Agaricus Bisporus yang juga dikenali orang ramai sebagai Cendawan Butang, Cendawan Meja atau Cendawan Tani merupakan salah satu fungi Basidiomycota yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.
....
Agaricus bisporus yang tumbuh liar secara semula jadi mempunyai
pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus Agaricus putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.
....Sebilangan besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya boleh dijumpai khususnya atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini.
....

Taksonomi dan PenamaanAgaricus bisporus dikenali sebagai champignon de Paris di Perancis. Ia juga disebut "champignon" (Perkataan Perancis untuk "kulat") di kebanyakan negara.
....
Cendawan butang yang biasa ditanam merupakan ahli genus Agaricus yang besar di mana kebanyakan ahlinya boleh dimakan, mempunyai perisa dan dikutip secara meluas di seluruh dunia. Paling dikenali dan popular yang dikutip secara liar ialah
A. campestris yang dikenali sebagai meadow mushroom di Amerika Utara atau field mushroom di England and Australia. Spesies ini banyak dijumpai di Amerika Syarikat dan Eropah.
..Agaricus bisporus berasal daripada nama Agaricus brunnescens oleh Charles Horton Peck pada tahun 1900 sebelum ditukar dan disinonimkan kepada A. bisporus. Nama bisporus dikatakan berasal daripada perkataan bi yang bermaksud dua dan sporus bermaksud spora. Kebanyakan Basidiomycota memiliki empat spora per basidia tetapi spesies ini hanya memiliki dua spora per bosidia.
Spesies Sepunya
Biasanya cendawan ini mudah dikelirukan dengan kulat yang beracun,
Amanita Virosa yang juga disebut orang ramai sebagai destroying angel. Walaupun nampak serupa dari segi bentuk fizikalnya tetapi kedua-dua spesies ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi bentuk di bahagian tapak pileus yang dikenali sebagai volva dan warna insangnya. Amanita Virosa mempunyai insang yang berwarna putih manakala Agaricus bisporus hampir kepada warna perang atau merah jambu. Oleh sebab itulah kita perlu mencuci cendawan terutama di bahagian volva sehingga serpihannya (debris) dibuang untuk menentukan coraknya, di samping itu memotong spesimen muda untuk mengenal pasti warna insangnya.
..
Selain itu, "destroying angel" tumbuh di atas kayu berlumut dan hidup secara simbiosis dengan pokok fir.
..
Satu lagi cendawan yang agak sama dan popular iaitu Agaricus xanthodermus yang berwarna kuning. Biasanya cendawan tersebut dijumpai di serata dunia di kawasan berumput di mana dapat dikenalpasti melalui bau kimia beracun, phenol dan isinya akan bertukar kuning apabila lembik. Kulat ini memberi kesan kepada bahagian gastrousus seperti rasa loya dan muntah pada sesetengah orang...
Khasiat PemakananCendawan butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi khususnya kandungan vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
....
Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik berbanding cendawan lain. Tiada perisa khusus untuk diterangkan; Cendawan digambarkan sebagai "kayu" kerana mempunyai rasa yang agak
pahit tetapi cendawan butang rasanya sedikit manis atau agak "berdaging".
..Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Sumber : Wikipedia

Cendawan Shiitake

..
Cendawan Shiitake atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
..Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara. Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol"), kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
..
GambaranCendawan Shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih. Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.
Sejarah penanaman
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
..Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.
Penggunaan Dalam Masakan
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
..Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
..
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake. Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.
..
Sumber : Wikipedia

Target Maps