I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 17, 2010

The Big Secret to Marketing Your Business

...
Every entrepreneur wants a magic marketing potion that will attract all the customers and sales they can handle. Many are searching for that one, big marketing secret that will make their business successful beyond their wildest dreams.
...
These starry eyed people believe there exists one piece of information or tactic that will take them from obscurity to becoming the marketing champion in their industry. Sadly, most will never discover this secret even though it’s hidden in plain sight and instantly available to them at any time.
....
This Big Marketing Secret is your attitude!
...
Yes, successfully marketing your business requires the correct attitude. Just like your relationships with other people, the attitude you take decides on what you will ultimately achieve.
....
Your belief system and your approach play a significant role in your marketing success. It is the starting point what you will accomplish and how much money you earn in your business.
...
Do you believe that your marketing efforts will pay off in increased sales? Or, do you think that marketing is a waste of time and money because you’ve tried once before and failed to attract any response?
...
The fact of the matter is that marketing does work when you understand how. Like catching a ball or riding a bike it is a learned skill that anyone can master. All that stops you from achieving more is your attitude toward marketing.
...
There are millions of people who are now highly successful because they possessed the attitude that marketing is the most important activity in their business. Everything starts and relies on your ability to attract and convert prospects into buyers. It’s the only area of your business that produces the opportunities to make a sale.
...
When you ignore it, cut the budget when times are tough or just don’t market at all your business will suffer. Without marketing it’s tough to make a sale. Without sales, you have no business; only an expensive hobby!
...
Successful marketing requires desire, action and commitment. If you lack in any of these three qualities and have a bad attitude, you might as go work for someone else. It’s no secret that your attitude is critical to what you achieve in life and business. When you have a positive approach to your marketing, what you believe will be the most likely outcome.
...
Like the late Henry Ford said, “If you think you can or you think you cannot, you are always right.”
...
Coach Ron Abbott
...
http://www.td-marketing-system.com/Small-Business-Marketing-Blog.htm
...
Sikap kita terhadap pemasaran memainkan peranan yang paling penting untuk bisnes berjaya dan tidak terkecuali dalam bisnes cendawan. Jika anda tidak boleh menjual, jadilah bisnes anda satu hobi yang mahal.
...
Seperti yang ditekankan oleh Robert Kiyosaki, penulis buku siri Rich Dad, skill menjual adalah syarat yang paling utama untuk menjadi seorang usahawan. jika anda tidak boleh menjual, anda tidak boleh berjaya sebagai usahawan. Saya setuju 100%.

Tip Menarik Pelanggan

Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi.
....

Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti. Contoh yang paling dekat ialah sempena bulan Ramadhan ni, banyak bazar dibuka dan pelbagai produk ditawarkan. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
..
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
....
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
....
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, terutama cendawan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.

Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan

Topik yang serius sikit hari ni iaitu Perkara-Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan.
..Kita semua akan dapat merasakan keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang demi melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan.
..Saya akan berikan nasihat yang berguna melalui senarai perlu dibuat khas untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini.
..1 Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduklah dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki.
..
Adakah semua ini mencukupi untuk bahagian anda bagi menyumbang kepada sebahagian modal permulaan bisnes anda. Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh menambah jumlah modal yang diperlukan.
..
Saya membangkitkan perkara ini kerana bisnes mungkin atau mungkin tidak berkembang maju sebagaimana yang dijangka dalam tempoh yang diharapkan. Adalah lebih baik untuk mempastikan yang anda secara peribadi mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan modal malahaa sebelum anda memulakan operasi perniagaan anda.
..2 Terus kekalkan dengan pekerjaan sekarang-buat masa ini. Jangan harapkan untuk memperolehi gaji daripada bisnes anda pada hari pertama ia dimulakan. Ia mungkin mengambil masa sebelum bisnes berkembang maju dan sehingga saat itu, anda perlu mempastikan bahawa anda masih mempunyai sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
..
Jika tidak, anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada. Memandangkan anda biasanya akan menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi, bincang siapa di antara anda yang akan mengambil tugas dan peranan aktif di dalam operasi harian perniagaan tersebut. Individu tersebut mungkin akan menjalankan perniagaan sepenuh masa sekarang dengan gaji permulaan yang minimum (asalkan beliau mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian beliau).
..
Kemudian apabila perniagaan tersebut maju dan berkembang, anda mungkin melihat kepada keperluan untuk fokus kepada bisnes - itulah masanya untuk melepaskan pekerjaan yang dipegang sekarang.
..3 Mulakan secara kecilan. Semasa perniagaan masih dalam tahap permulaan, pastikan kos yang anda tanggung adalah kecil dan seminimum mungkin. Pertimbangkan untuk mempunyai pejabat di dalam rumah untuk menjimatkan sewa pejabat. Ambil pekerja yang benar-benar diperlukan sahaja.
..
Berbanding membeli van penghantaran dan kederaan pengangkutan yang baru, dapatkan kenderaan secondhand yang baik atau gunakan kenderaan anda sendiri. 'Outsource' sesetengah kerja seperti perakaunan untuk merendahkan kos overhead.
..4 Lakukan segalanya dengan betul dari awal lagi. Pastikan dana peribadi dan bisnes terpisah. Pastikan juga anda mempunyai kesemua permit dan kertas kerja yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda. Bayar lesen perniagaan dan cukai dengan tepat dan pada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan denda. Jika tidak, denda dan penalti akan 'memakan' modal perniagaan anda.
..5 Jangan abaikan sikap menjaga kesihatan kewangan peribadi anda. Teruskan menyimpan sebahagian daripada gaji anda. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar adalah permulaan baik tetapi lagi tinggi lagi bagus. Sasarkan untuk mempunyai dana kecemasan meliputi sekurang-kurangnya enam bulan nilai perbelanjaan peribadi. Jika bisnes anda gagal, anda akan mempunyai dana untuk digunakan sehinggalah anda bersedia untuk langkah seterusnya.
..
6 Kembangkan hanya selepas berfikir sedalamnya. Adalah amat mengujakan untuk membuka cawangan lain secepat mungkin jika yang pertama telah menunjukkan kejayaan. Sesetengah orang juga mula membeli peralatan baru dan aset tetap yang lain semasa tahun pertama walaupun pada masa bisnes tidak dapat menampung pembelian sebegini lagi. Sebelum melaksanakan sebarang langkan pengembangan untuk bisnes, kaji aliran tunai anda dan kos yang terlibat. Buat satu keputusan bijak berasaskan kedudukan kewangan anda.
..7 Dapatkan seorang mentor. Adalah bagus untuk bertanyakan seseorang yang berpengalaman tentang selok-belok perniagaan yang diceburi, tentunya kepada usahawan yang berjaya, agar anda tidak melakukan kesilapan besar. Dapatkan seorang mentor yang anda boleh percayai dan berjumpalah beliau sekerap mungkin. Menyertai persatuan perniagaan juga akan banyak membantu anda dari segi mempelajari sesuatu daripada orang lain dan mengembangkan jaringan anda.
..
Pesanan Cendawanku: Pastikan anda memulakan perniagaan sendiri berdasarkan sesuatu yang anda BENAR-BENAR mahu dan minat, dan bukannya untuk sekadar melarikan diri daripada kebosanan bekerja di pejabat sekarang. Untuk memudahkan anda melaksanakan apa yang dirancang, di sini saya senaraikan kursus tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan-rakan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.
..
Hampir 50% apa yang dinyatakan boleh anda perolehi melalui kursus ini dan selebihnya adalah atas kebijaksanaan dan usaha anda sendiri untuk merelaisasikan kejayaan sebagai usahwan yang berjaya. Selamat maju jaya!

Dua Faktor Utama Kejayaan Bisnes

Ya, sebenarnya dua sahaja perkara yang perlu diberikan perhatian oleh usahawan apabila ingin memulakan satu bisnes baru iaitu pengaruh dan bukti. Tidak kira apa jua jenis bisnes anda sama ada berskala kecil, sederhana atau besar, dua faktor ini memainkan peranan paling penting.
......Pertama, Pengaruh. Anda amat bertuah dan berpotensi untuk berjaya sekiranya anda sendiri merupakan seorang yang berpengaruh. Kata orang, ‘somebody.’ Maksudnya, anda dikenali dan disegani oleh orang ramai dan mempunyai ramai kenalan, rakan-rakan dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat umum.
...
Dengan pengaruh yang ada, anda dengan mudah dapat bercerita dan melakukan promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kerja yang dianggap sukar pada peringkat permulaan bisnes telah anda langkau kerana anda sendiri seorang yang berpengaruh. Setiap patah cakap anda didengari dan ditunggu-tunggu. Contohnya, ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua pertubuhan dan sebagainya.
.....Kedua, Bukti. Bukti di sini ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah boleh diceritakan keberkesanannya kepada bakal pelanggan dari segi kualiti, fungsi, kebaikan serta boleh disyorkan pula oleh pelanggan sedia ada. Biasanya bukti menjadi lebih kukuh apabila ia dicerita berdasarkan pengalaman dan kejayaan yang telah dilalui.
...Sekiranya bisnes itu merupakan satu program networking atau pemasaran berperingkat atau bisnes yang memerlukan pembinaan insan lain untuk berjaya, prospek akan lebih yakin sekiranya mereka sendiri boleh melihat kejayaan anda.
..
Hasil kejayaan yang anda capai melalui bisnes inilah yang akan mendorong mereka menyertainya ataupun berminat membeli produk dan perkhidmatan anda. Jadi, bakal usahawan sekelian, sebelum memulakan satu bisnes yang anda rasakan berpotensi untuk membawa anda mencapai kebebasan kewangan, pastikan terlebih dahulu anda memiliki salah satu faktor ini. Anda lebih bertuah jika memilki kedua-duanya sekali.

Merancang Strategi Pemasaran Berkesan

Saya percaya ramai bakal usahawan cendawan yang masih lagi belum begitu yakin dengan bisnes yang ingin dimulakan kerana memikirkan tentang pemasaran hasil keluaran nanti. Satu perkara yang perlu anda tahu ialah ada perbezaan antara jualan (sales) dengan pemasaran (marketing). Perbezaannya ialah jualan dilakukan secara individu manakala pemasaran dilakukan melalui sistem.
..
Terpulang kepada anda kaedah yang bagaimana untuk diaplikasikan bagi mempastikan bisnes cendawan anda sukses dan yang paling penting ia merupakan elemen wajib yang perlu dimasukkan di dalam rancangan perniagaan anda. Pada saya sendiri yang lebih berminat dengan pemasaran, akan lebih menumpukan kepada segala kaedah terbaik untuk mengembangkan jenama Cendawan Global dan bisnes cendawan itu sendiri. Sebagai panduan, saya sertakan di sini penerangan ringkas tentang pemasaran.
..
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
..
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
..
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
..
Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

Maklumat Rumah Cendawan

..
Rumah cendawan merupakan sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih. Antara ciri-ciri yang diperlukan:
..

..
  • Mempunyai pengudaraan yang baik
  • Menggunakan dinding netting
  • Suhu sesuai : 28 - 30 C
Rumah cendawan beratap dan perlu disiram dua kali sehari untuk mengekalkan kelembapan.
..Kelembapan yang tinggi antara 80-90%.

Kalis serangga dan penyakit iaitu dinding berjaring dan lantai perlu bersimen.

..
Ukuran standard adalah 20' x 50'
Ia dibahagikan kepada beberapa ruang:
..
  • Ruang Penyediaan - ruang menggaul media
  • Ruang Pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
  • Bilik Suntik - ruang menyuntik benih
  • Bilik Pemeraman - ruang untuk meletakkan beg semasa pemeraman
  • Ruang Pengeluaran Hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil.

Penyakit & Masalah Cendawan

Persoalan ini adalah antara yang bermain di fikiran bakal pengusaha cendawan sebelum terjun ke bidang yang menarik tetapi mencabar iaitu bisnes cendawan. Namun, sebagai usahawan yang ingin maju dan berjaya, kita perlu mengetahui serta menjangkan sesuatu masalah yang bakal muncul agar senang membuat persediaan kelak.

.. ..Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.


Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :

Serangan Kulat Jingga / Oren
Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.


Serangan Kulat Hijau
Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.

  • Serangan kulat hitam
  • Serangan hama ke atas beg cendawan
  • Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
  • Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
  • Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll.
Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran. Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik. Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi mempastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang telah dikeluarkan.

Berikut adalah contoh pelan susun atur rumah cendawan dan aturan kerja yang ideal

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan

Target Maps